Monday 12 December 2011

Malaysia khazanah dunia

Malaysia terletak di antara garis lintang 1oU - 7oU dan garis bujur 100oT - 120oT.Keluasannya ialah 329,757 km2 . ,Semenanjung Malaysia (131,598 km2), Sabah (73,710km2) Sarawak (12, 449 km2). Malaysia terletak di tengah- tengah jalan lautantarabangsa iaitu negara-negara Barat dan Timur. Bebas daripada bencana alam sepertiletusan gunung berapi, gempa bumi dan tiupan angin kencang. Mempunyai iklimkhatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan pelbagai jeniskegiatan ekonomi dijalankan. Bentuk mukabumi terdiri daripada kawasan tanah pamahmemudahkan kegiatan pertanian, petempatan dan perniagaan. Kawasan tanah tinggi pulasesuai untuk kegiatan pelancongan dan pertanian.

Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah tinggi,tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi.

Negeri-negeri di Malaysia :
Negeri
Ibu Negeri
Perlis
Kangar
Kedah
Alor Setar
Pulau Pinang
George Town
Perak
Ipoh
Selangor
Shah Alam
Negeri Sembilan
Seremban
Melaka
Melaka
Johor
Johor Bahru
Pahang
Kuantan
Terengganu
Kuala Terengganu
Kelantan
Kota Bharu
Sabah
Kota Kinabalu
Sarawak
Kucing

KEISTIMEWAAN MALAYSIA
1.Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.
2.Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkanMalaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.
3.Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagaikegiatan ekonomi dijalankan.
4.Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjangtahun.
5. Malaysia kaya dengan hasil pertanian dan perlombongan

Saturday 1 October 2011

AHLAN YA MARHABAN

Selamat datang ke blog cikgu !!!
Semoga bermanfaat buat semua....